Wedding Cake 5 tier

Dah berlalu 23 hari namun masih teringat al kisah yang berlaku. Sempena Hari Kemerdekaan, staf bercoti dan Encik Suami pergi Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perlis....err....Kena Koir.

Jam 12 Tghari Pn Sharifah dan Encik Halim dah maklumkan untuk Kek disediakan kerana pengantin akan sampai sekitar jam 1.00 Tghari. 

Mujurlah sempat jugak Suami sampai balik dan kami bergegas ke rumah pengantin. 12.30 Tghari Kek 5 tingkat siap tersedia di atas meja. Alhamdulillah.....

Terima kasih kepada Keluarga Encik Halim & Puan Sharifah serta Pasangan mempelai.

Wedding Cake 5 tier ini merupakan ilham Pn. Sharifah sendiri. Berdasarkan gambar majalah, Pihak Empire Bakery cuba mencorakkannya agar menyamai apa yang diinginkan. Warna Pink.Purple Orchid untuk bunga dan Like Pink untuk hiasan tepi juga pilihan Pn, Sharifah. Untuk daun pihak Empire Bakery merasakan sesuai untuk meletakkan hanya sedikit warna kehijauan + putih agar tidak terlalu contra dengan Bunga yang menjadi fokus utama. 30 biji Cup cake dgn tema bunga yg sama turut disediakan untuk menghiasi meja kek.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment