Lembaran Baru untuk Empire Bakery

Alhamdulillah...selepas kali terakhir menulis pada 2 Januari 2014, blog ini bersawang dan berhabuk. 2 Januari itulah satu-satunya artikel yang admin nukilkan untuk tatapan pembaca. Pelik benar apabila tidak ada artikel yang ditulis tetapi mengharapkan jutaan insan hadir untuk membaca blog ini.

pada 2 Januari 2014 admin mengharapkan Empire Bakery boleh meluaskan skop perniagaannya. Syukur keHadrat Ilahi kerana pada 14 Januari 2014, secara rasminya aktiviti berBakery dapat dilakukan di kedai. Jika sebelum ini hanya menjual dipremis orang atau diluar dari kedai, kini tidak lagi.

Kita merancang, Allah SWT yang menentukan. Ketika seronok berniaga, diturunkan dugaan apabila anak kedua, Nur Syasya Damia tidak sihat dan terpaksa menghuni wad selama 18 hari. Qada dan Qadhar Allah, memahami hanya hambaNya yang mampu akan diberikan ujian yang setara, kami sekeluarga pasrah dan redha.

Selepas ditutup hampir 4 bulan, kini mulai selepas raya Aidilfitri, Empire Bakery kembali beroparasi untuk aktiviti jualan di kedai. Lebih manis, Signboard yang dulunya tidak tercapai untuk dipasang, kini ternampak pesonanya dari jauh.

Syarikat merancang untuk meluaskan lagi skop perniagaan kepada Cafe yang tergendala sedikit waktu dulu. Sedikit demi sedikit barang-barang keperluan untuk cafe telah dibeli. Mungkin mulai Oktober, pengunjung sudah boleh merasi roti bakar Empire Bakery

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment