2014 : Tahun memburu impian

ADM Empire Resources sedang berusaha untuk memulakan satu lagi tambahan kepada perniagaan sedia ada iaitu Bakery dan Cafe. Ruang hadapan bengkel kini dikemaskini untuk mewujudkan suasana yang sesuai dengan Bakery dan cafe seperti yang dikehendaki. Namun begitu, hasrat untuk mendapatkan kepuasan sepenuhnya dari perubahan yang dibuat tak dapat dipenuhi memandangkan bajet yang hanya berdasarkan kepada kemampuan sedia ada.

Mungkin cara ini lebih baik iaitu memulakan sesuatu berdasarkan kemampuan sedia ada tanpa perlu berhutang. Semoga hasrat untuk mengembangkan perniagaan kepada Bakery & Cafe dibawah nama Empire Bakery ini akan berjalan lancar dan sempurna seperti dirancangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS