Aneka Kek untuk tempahan anda
















Xsempat nak edit....
Antara kek yang jadi pilihan pelanggan.

Ada diantaranya memang special request dan pihak empire bakery akan cuba sedaya upaya memenuhi kehendak pelanggan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek RM10 shj


Berat -+300 gram

Sesuai untuk semua.....tempahan yang pernah diterima
# Utk suprise hasben/isteri
# Utk santai2 minum petang
# Utk kawan2....
# Utk Besday
# Utk santai with family...cam dinner.....

Warna...pilihan masing2....segala warna boleh dicuba......

Student Matrikulasi Perlis dan UiTM Perlis......Paling dekat dengan Empire Bakery kerana hanya bersebelahan Pasaraya Taman Sri Wang Fasa 2. 

Untuk Student Matrikulasi....boleh call 013-4297192 / 013-4667750, Penghantaran terus ke Pusat Pelajar (Hanya tunggu depan Pejabat Asrama). *** Saya tak dpat nak letak di Bakery Matrikulasi kerana harganya pasti akan meningkat sedangkan target kek ini hanya utk RM10.00 shj.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday cake

kali ni saya minta staf yang tulis. Belajar dari pengalaman dan pasti nanti akan lebih baik. Kebetulan kek anak saudara staf sendiri...jadi...serahkan tugas menulis kepada staf.....

Apapun yang jadi.....belajar dan terus belajar...

saya sentiasa belajar......banyak guru lagi baik.....dan Alhamdulillah...guru-guru yang pernah mengajar saya semuanya sedia membantu bila diperlukan.

Pernah baru-baru ini cikgu telefon diawal pagi untuk menerangkan apa yang jadi persoalan kepada saya. Sangat beruntung dapat belajar dengan guru yang komited dan dedikasi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday Cake tempahan pelanggan

Minat terkini : Spiderman....tapi stok gambaq xdak di bakery,,,jadi gunalah gambaq Ultraman. 

tema ikut suka cuma saya sesuaikan tona warna biru putih tu dengan imej Ultraman.

Gambar ni dah tercemar dengan belon-belon yang berterbangan di majlis hari jadi....kalau tngok betoi-betoi....ternampaklah beberapa kecacatan yang dah merobek kek tersebut. 


Jenis kek: Coklat 

Happy Birthday Danish.....Moga jadi anak yang baik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday cake tempahan pelanggan

Bertemakan bola sepak.....saya cuba mewujudkan suasana padang bola untuk adik Amjad. Rumput panjang2 tu macam padang tak mesin rumput plak tapi kalau pendek...tak nampak la rumputnya.....

Ayah adik Amjad ni...coach bola sepak KMP, jadi sesuai benar dengan Boboi Boy yang main bola tu....
Untuk lebih menyelerakan kanak-kanak di sekolah asuhan tempat Amjad belajar, Saya menggunakan kek coklat dengan 2 layer krim
.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wedding Cake 3 tier Soft Fondant

Wedding cake 3 tier ini saya jadikan sebagai hadiah untuk Contest Empire Bakery. Ramai yang berminat dan mesej untuk mendapatkan kek ini namun pemenang telah ditentukan mengikut beberapa syarat. 


Pemenangnya pasti bertuah kerana memenangi kek ini sehari sebelum majlis perkahwinan beliau. 

Kek ini memerlukan masa yang agak panjang untuk disiapkan......jadi kalau nak tempah.....kena habaq awai-awai...takut takdan siap. Memang nampak menarik dan cantik apabila menggunakan Soft Fondant....Harga pula lebih murah berbanding kek fondan. Untuk kek yang saya tunjuk ni....Bergantung kepada permintaan..harga sekitar RM350 - RM400.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday cake 2 tier

Permintaan guru Sek Tengku Budriah, Arau. Nak kek besday 2 tingkat...
Tempahan ini dari sokongan dan bantuan sahabat baik saya...Pn Saliza......baik sangat2. Sentiasa membantu dalam apa jua keadaan....

Kek ni simple ja saya buat....sebab diberi kebebasan untuk memilih tema dan sebagainya....maka....terfikirlah untuk berikan aura feminin kepada kek tersebut memandangkan bakal pemiliknya wanita.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wedding Cake 5 tier

Dah berlalu 23 hari namun masih teringat al kisah yang berlaku. Sempena Hari Kemerdekaan, staf bercoti dan Encik Suami pergi Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perlis....err....Kena Koir.

Jam 12 Tghari Pn Sharifah dan Encik Halim dah maklumkan untuk Kek disediakan kerana pengantin akan sampai sekitar jam 1.00 Tghari. 

Mujurlah sempat jugak Suami sampai balik dan kami bergegas ke rumah pengantin. 12.30 Tghari Kek 5 tingkat siap tersedia di atas meja. Alhamdulillah.....

Terima kasih kepada Keluarga Encik Halim & Puan Sharifah serta Pasangan mempelai.

Wedding Cake 5 tier ini merupakan ilham Pn. Sharifah sendiri. Berdasarkan gambar majalah, Pihak Empire Bakery cuba mencorakkannya agar menyamai apa yang diinginkan. Warna Pink.Purple Orchid untuk bunga dan Like Pink untuk hiasan tepi juga pilihan Pn, Sharifah. Untuk daun pihak Empire Bakery merasakan sesuai untuk meletakkan hanya sedikit warna kehijauan + putih agar tidak terlalu contra dengan Bunga yang menjadi fokus utama. 30 biji Cup cake dgn tema bunga yg sama turut disediakan untuk menghiasi meja kek.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lembaran Baru untuk Empire Bakery

Alhamdulillah...selepas kali terakhir menulis pada 2 Januari 2014, blog ini bersawang dan berhabuk. 2 Januari itulah satu-satunya artikel yang admin nukilkan untuk tatapan pembaca. Pelik benar apabila tidak ada artikel yang ditulis tetapi mengharapkan jutaan insan hadir untuk membaca blog ini.

pada 2 Januari 2014 admin mengharapkan Empire Bakery boleh meluaskan skop perniagaannya. Syukur keHadrat Ilahi kerana pada 14 Januari 2014, secara rasminya aktiviti berBakery dapat dilakukan di kedai. Jika sebelum ini hanya menjual dipremis orang atau diluar dari kedai, kini tidak lagi.

Kita merancang, Allah SWT yang menentukan. Ketika seronok berniaga, diturunkan dugaan apabila anak kedua, Nur Syasya Damia tidak sihat dan terpaksa menghuni wad selama 18 hari. Qada dan Qadhar Allah, memahami hanya hambaNya yang mampu akan diberikan ujian yang setara, kami sekeluarga pasrah dan redha.

Selepas ditutup hampir 4 bulan, kini mulai selepas raya Aidilfitri, Empire Bakery kembali beroparasi untuk aktiviti jualan di kedai. Lebih manis, Signboard yang dulunya tidak tercapai untuk dipasang, kini ternampak pesonanya dari jauh.

Syarikat merancang untuk meluaskan lagi skop perniagaan kepada Cafe yang tergendala sedikit waktu dulu. Sedikit demi sedikit barang-barang keperluan untuk cafe telah dibeli. Mungkin mulai Oktober, pengunjung sudah boleh merasi roti bakar Empire Bakery

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2014 : Tahun memburu impian

ADM Empire Resources sedang berusaha untuk memulakan satu lagi tambahan kepada perniagaan sedia ada iaitu Bakery dan Cafe. Ruang hadapan bengkel kini dikemaskini untuk mewujudkan suasana yang sesuai dengan Bakery dan cafe seperti yang dikehendaki. Namun begitu, hasrat untuk mendapatkan kepuasan sepenuhnya dari perubahan yang dibuat tak dapat dipenuhi memandangkan bajet yang hanya berdasarkan kepada kemampuan sedia ada.

Mungkin cara ini lebih baik iaitu memulakan sesuatu berdasarkan kemampuan sedia ada tanpa perlu berhutang. Semoga hasrat untuk mengembangkan perniagaan kepada Bakery & Cafe dibawah nama Empire Bakery ini akan berjalan lancar dan sempurna seperti dirancangkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS